PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR SEGAMAT, JOHOR
Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Bandar Segamat, Johor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dan Majlis Perbandaran Segamat (MPS) melalui perunding yang dilantik iaitu Focus Architects & Urban Planners Sdn. Bhd.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 10 Disember 2023 sehingga 9 Januari 2024. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas(RKK) Pembaharuan Semula Bandar Segamat, Johor diadakan:
Tarikh : 10 Disember 2023 – 9 Januari 2024
Hari dan Masa :
Ahad – Rabu (8.30 pagi – 4.30 petang)
Khamis(8.30 pagi – 3.00 petang)
Lokasi Semakan
1. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor)
2. Majlis Perbandaran Segamat
3. Pejabat Daerah Segamat
Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Pembaharuan Semula Bandar Segamat, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalamborang tersebut.
Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-bahan Publisiti dan Borang MaklumBalas Awam melalui pautan berikut :
BIL |
PERKARA |
DOKUMEN |
1. |
LAPORAN DRAF RKK PEMBAHARUAN SEMULA BANDAR SEGAMAT |
|
2. |
RINGKASAN EKSEKUTIF |
|
3. |
BROCHURE |
|
4. |
PANEL PAMERAN |
|
5. |
BANNER PAMERAN |
|
6. |
BUNTING PAMERAN |
|
7. |
BORANG MAKLUM BALAS AWAM |
Kemaskini pada 2023-12-07 09:04:28 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl