PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT, JOHOR



PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS (RKK) PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT, JOHOR

Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat, Johor telah disediakan berdasarkan kepada Subseksyen 16B(3), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) oleh Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui perunding yang dilantik iaitu FAZ Planning and Development Sdn. Bhd. 

Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi Draf RKK ini akan diadakan selama empat (4) minggu bermula 4 Disember 2023 sehingga 4 Januari 2024. Ianya akan memberi peluang kepada orang awam untuk turut serta di dalam perancangan sebelum Draf RKK ini diangkat bagi tujuan pewartaan dan penerimapakaian oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Berikut merupakan lokasi pameran tetap sepanjang tempoh Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat, Johor diadakan:

Tarikh

:

4 Disember 2023 – 4 Januari 2024

Hari dan Masa

:

Ahad – Rabu (9.00 pagi – 4.30 petang)

 

 

Khamis (9.00 pagi – 3.00 petang)

Lokasi Semakan

:

1. Majlis Perbandaran Batu Pahat

 

 

2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor)

Sekiranya anda mempunyai idea, pendapat, cadangan atau bantahan terhadap Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Persisiran Sungai Batu Pahat, Johor, anda dialu-alukan untuk mengemukakan borang maklum balas awam yang disediakan dan mengembalikan kepada alamat yang dinyatakan di dalam borang tersebut.

Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut :

BIL

PERKARA

DOKUMEN

1.

LAPORAN DRAF RKK PERSISIRAN SUNGAI BATU PAHAT, JOHOR

Muat-Turun

2.

RINGKASAN EKSEKUTIF

Muat-Turun

3.

BROCHURE

Muat-Turun

4.

PANEL PAMERAN

Muat-Turun

5.

BANNER PAMERAN

Muat-Turun

6.

BUNTING PAMERAN

Muat-Turun

7.

BORANG MAKLUM BALAS AWAM

Muat-Turun



Kemaskini pada 2023-11-29 10:17:13 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page