PROGRAM PUBLISITI AWAL KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)



PROGRAM PUBLISITI AWAL
KAJIAN RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)

Pejabat Projek Zon Tengah di bawah Unit Rancangan Pembangunan 1 sedang menyediakan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian). Program Publisiti Awal adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan awal daripada pihak yang berkepentingan.

Program Publisiti Awal akan dijalankan pada 21 November 2023. Orang ramai boleh mengemukakan sebarang maklum balas melalui Borang Maklum Balas dengan mengimbas kod QR bermula 8 November 2023 sehingga 8 Disember 2023.

Segala maklum balas akan diambil kira sebagai input dalam penyediaan Terma Rujukan bagi Kajian Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang, Selangor 2035 (Penggantian).

Tuan/Puan boleh memuat turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya:

 

BIL

PERKARA

DOKUMEN

1.

Brosur

Muat-Turun

2.

Video Pendek

Muat-Turun

3.

Maklum Balas

Muat-Turun

 



Kemaskini pada 2023-11-08 22:50:38 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page