PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KELANTAN 2035 (PENGGANTIAN)



PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, KELANTAN 2035 (PENGGANTIAN)

PADA 14 NOVEMBER – 13 DISEMBER 2023

Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi kawasan Majlis Daerah Ketereh untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukan Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Jajahan Kota Bharu 2020 (Majlis Daerah Ketereh).

Program Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (14 November 2023 sehingga 13 Disember 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di kawasan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang terkandung di dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 13 Disember 2023 (Rabu) melalui Portal ePublisiti 2.0 PLANMalaysia atau borang maklum balas yang boleh didapati di 3 lokasi pameran tetap seperti berikut:
   i. Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam
  ii. Lobi Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
 iii. Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu

Masa semakan:
Ahad – Rabu (8.30 pagi – 4.30 petang) Khamis, (8.30 pagi – 3.00 petang)

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :
     i. Pn. Norasniza binti Hamzah (Pengurus Projek) di talian 019-9121179 atau;
    ii. En. Abd. Rahman bin Mustapha (Bahagian Perancangan dan Bangunan) di talian 013-9905838 atau;
   iii. En. Sabry bin Hamid (Peg. Perancang Bandar) di talian 019-9106881 atau;
   iv. En. Muhamad Alif bin Hashim (Pegawai Perancang Bandar PM@K) di talian 018-9497844

Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Awam DRTMDKPI, Kelantan 2035 (P) boleh didapati melalui pautan berikut:

1. Dokumen RT Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam, Kelantan 2035 (Penggantian)
      i. Jilid 1
     ii. Jilid 2
    iii. Jilid 3
2. Ringkasan Eksekutif
     i. Bahasa Melayu 
    ii. English
3. Banner Laman Web
4. Risalah
5. Panel Pameran
6. Borang Maklum Balas
7. Borang Maklum Balas Melalui Pautan
8. Bunting



Kemaskini pada 2023-11-09 14:42:21 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page