PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)



PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH PADANG TERAP, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Program Publisiti dan Penyertaan Awam ini akan diadakan bermula 20 Disember 2023 sehingga 20 Januari 2024 bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) (DRT Daerah Padang Terap, 2035 (Penggantian))

Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.

Penyediaan DRT Daerah Padang Terap, 2035 (Penggantian) ini adalah bagi menggantikan Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap 2020, No.Warta: No. 997 Jil.54 No.18 pada 29 Disember 2011.

Semua dijemput hadir untuk membuat pemeriksaan dokumen ini dan mengemukakan pandangan atau bantahan di lokasi tetap dan lokasi bergerak seperti berikut:

LOKASI TETAP
9.00 pagi – 4.00 petang (Ahad – Rabu), 9.00 pagi – 1.00 petang (Khamis)

  1. Majlis Daerah Padang Terap
  2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)


LOKASI BERGERAK
9.00 pagi – 11.00 pagi (Pekan Sehari), 5.00 petang-7.00 petang (Pasar Malam)

  1. Nat Kuala Nerang (Ahad dan Selasa)
  2. Pekan Sehari Naka (Ahad)
  3. Pekan Sehari Lubuk Merbau (Ahad)
  4. Pasar Malam Pedu (Selasa)


Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut :

  1. Pn. Hairulliza Binti Abdul Rahman (04-731 4688 ext 106)
  2. TPr Kok Lai Kuan (04-731 4688 ext 156)
  3. Pn. Hayati Binti Kuneh (04-731 4688 ext 165)
  4. Pn. Nor Zuhaizan Binti Zulkifli (04-731 4688 ext 164)
  5. En. Amir Hamzah Bin Abdullah Sani (04-731 4688 ext 160)
  6. En. Mohd Azizi Bin Mohd Tajidi (04-731 4688 ext 158)


Tuan/Puan juga boleh memuat turun bahan-bahan publisiti dan borang maklum balas pelanggan melalui pautan berikut :

BIL

PERKARA

DOKUMEN

  1.  

Laporan Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian)

 

 

Jilid I : Pernyataan Bertulis dan Peta Cadangan

Muat Turun

 

Jilid II : Garis Panduan dan Kawalan Pembangunan

Muat Turun

  1.  

Ringkasan Eksekutif

Muat Turun

  1.  

Flip Folio

Muat Turun

  1.  

Risalah

Muat Turun

  1.  

Streamer

Muat Turun

  1.  

Banner

Muat Turun

  1.  

Borang Bantahan Awam

Muat Turun

  1.  

Borang Maklumbalas Pelanggan

Muat Turun


#DRTDaerahPadangTerapKedah2035Penggantian
#PadangTerapPrestij 
#KedahSejahtera
#TheGreaterKedah
#PLANMalaysia
#PLANMalaysiaKedah
#PPZU
#pejabatprojekzonutara
#MalaysiaMadani



Kemaskini pada 2023-12-19 15:19:04 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page