PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SIK, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)
Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Sik untuk tempoh perancangan sehingga 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 16(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Sik 2007-2020 yang telah tamat tempoh perancangannya pada tahun 2020.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu bermula pada 27 September 2023 sehingga 27 Oktober 2023 yang bertujuan untuk untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada semua pihak yang berkepentingan terhadap cadangan pembangunan yang terkandung di dalam dokumen Draf RT tersebut bagi kawasan Majlis Daerah Sik.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) ini akan diadakan di 2 lokasi tetap seperti berikut :-
1. Majlis Daerah Sik
2. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kedah (PLANMalaysia Kedah)
Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara dalam talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia seperti mana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 27 Oktober 2023.
Semakan secara atas talian juga boleh dibuat di laman sesawang berikut :-
1. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
2. Laman Web PLANMalaysia Kedah
3. Laman Web Majlis Daerah Sik
Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) boleh didapati melalui pautan berikut :-
1. |
Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik , Kedah 2035 (Penggantian) |
2. |
Ringkasan Eksekutif RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) |
3. |
Pop Up RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) |
4. |
|
5. |
Panel Pameran RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) |
6. |
|
7. |
|
8. |
Banner Publisiti RT Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) |
9. |
Kemaskini pada 2023-09-27 17:03:46 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl