PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARANG, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)



PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM

DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH MARANG, TERENGGANU 2035 (PENGGANTIAN)

Draf Rancangan Tempatan (RT) Majlis Daerah Marang, Terengganu 2035 (Penggantian) merupakan dokumen perancangan dan pembangunan bagi Daerah Marang untuk tempoh 15 tahun. Ianya disediakan di bawah peruntukkan Subseksyen 12(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bagi menggantikan RT Daerah Marang 2000 – 2020  dan RT Daerah Marang 2030 (Penggubahan).

Porgram Publisiti dan Penyertaan Awam akan diadakan selama 4 minggu (17 September 2023–16 Oktober 2023) yang bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan-cadangan pembangunan di Daerah Marang yang terkandung di dalam dokumen RT.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang maklum balas awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 16 Oktober 2023 (Isnin).

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut :

  1. Pn. Norhasnita binti Hj. Abd Samad (Pengurus Projek) di talian 011-32379161 atau;
  2. En. Ahmad Fauzi bin Abdul Shukor (Ketua Unit Jabatan Perancangan dan Pembangunan Landskap Majlis Daerah Marang) di talian  016-7705881 atau;
  3. En. Muhammad Nur Haszriezol bin Abdul Rahman (Pen. Pengurus Projek) di talian 014-8239786 atau;
  4. Pn. Athirah binti Ahmad Azmi (Pegawai Perancang Bandar PMT) di talian 010-2682084.

 

Bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas boleh didapati melalui pautan berikut:
1. Dokumen Rancangan Tempatan Majlis Daerah Marang 2035 (Penggantian)
    i.   Jilid 1
    ii.  Jilid 2
    iii. Jilid 3
2. Ringkasan Eksekutif
3. Poster
4. Risalah
5. Panel Pameran
6. Borang Maklumbalas
7. Borang Maklumbalas Melalui Pautan
8. Banting
9. Banner 
10. Streamer
11. Pelan Gunatanah Daerah Marang 2035

 



Kemaskini pada 2023-09-12 11:33:42 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page