PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)



PEMBERITAHUAN PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH YAN, KEDAH 2035 (PENGGANTIAN)

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan, Kedah 2035 (Penggantian) [RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian)] disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) berkenaan keperluan pengubahan, pembatalan atau penggantian suatu Rancangan Tempatan.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) akan diadakan selama 4 minggu (1 Oktober 2023 hingga 31 Oktober 2023) bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pihak berkepentingan terhadap cadangan pembangunan baharu bagi Daerah Yan sehingga tahun perancangan 2035.

Semua pihak dijemput untuk membuat semakan terhadap dokumen Draf RT tersebut di lokasi-lokasi pameran atau secara atas talian dan mengemukakan maklum balas, idea, pendapat, cadangan atau bantahan kepada urus setia sepertimana yang dinyatakan di dalam borang bantahan awam bagi menambahbaik dokumen ini sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (Selasa).

PERANAN ANDA
Hadir ke pameran Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan (RT MDY), Kedah 2035 (Penggantian) di lokasi-lokasi berikut:
i. Majlis Daerah Yan
ii. Pejabat Daerah dan Tanah Yan
iii. Pejabat PLANMalaysia Kedah

Anda boleh memeriksa Laporan Draf RT MDY, Kedah 2035 (Penggantian) sepanjang tempoh publisiti diadakan;
Mengemukakan bantahan atau pandangan anda terhadap cadangan pembangunan yang telah dirancang untuk memacu kemajuan dan pembangunan Daerah Yan.
Semakan juga boleh diperiksa secara atas talian di laman sesawang berikut:-
i. Laman Web PLANMalaysia (ePublisiti 2.0)
ii. Laman Web PLANMalaysia Kedah
iii. Laman Web Majlis Daerah Yan

Bahan Publisiti dan Borang Bantahan Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sik, Kedah 2035 (Penggantian) boleh didapati melalui pautan berikut :-

1.

Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Yan , Kedah 2035 (Penggantian)
Jilid I :  Draf RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)
Jilid II : Draf RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

2.

Ringkasan Eksekutif RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

3.

Flip Folio RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

4.

Cover Panel RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

5.

Risalah RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)
- Halaman Hadapan
- Halaman Belakang

6.

Borang Bantahan RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

7.

Poster RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

8.

Banner Publisiti RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

9.

Streamer RT MDY Kedah 2035 (Penggantian)

Cadangan atau bantahan berkenaan rancangan tersebut boleh dibuat melalui Borang Bantahan Awam atau memorandum dan difaks / email / pos sebelum atau pada 31 Oktober 2023 (atau melalui google form di pautan borang bantahan dan maklumbalas: https://forms.gle/VnJAbVjXEvsfoJSv6)


#PLANMalaysia
#MalaysiaMadani
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#rtmdy2035
#yanlestari
#yandaerahpelancongandesa
#pejabatprojekzonutara



Kemaskini pada 2023-09-27 16:52:25 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page