Rancangan Kawasan Khas Pantai Chenang 2015 [RKK Pantai Chenang 2015] merupakan laporan perancangan dan pemajuan yang disediakan di bawah peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172 ]. Dikenal pasti terdapat empat prospek utama yang terdapat di Pantai Chenang iaitu :-
- Destinasi popular pelancongan;
- Nodus perusahaan pelancongan;
- Persekitaran desa masih kekal; dan
- Aspirasi keinginan pengunjung – destinasi yang selamat dikunjungi.
Lima strategi strategik yang digariskan untuk mencapai visi berkenaan iaitu :
- Membina jalan utama baru untuk meningkatkan prospek pembangunan tanah-tanah pertanian yang tidak ekonomi dan menguruskan sistem lalu lintas dan pejalan kaki yang sistematik.
- Merawat dan memulihkan kualiti air laut melalui pembinaan sistem pembetungan dan saliran yang komprehensif.
- Membina ‘Chenang Waterfront’ untuk meningkatkan kualiti reka bentuk ‘streetscape’ yang responsif, meningkatkan tahap mobiliti pejalan kaki, serta mengoptimumkan vista semulajadi Pantai Chenang dan Sungai Kuala Chenang.
- Menyerak dan mengagihkan aktiviti-aktiviti ekonomi yang bersesuaian [dengan persekitaran desa], ke kawasan yang berprospek tinggi untuk dibangunkan.
- Meningkatkan keindahan persekitaran desa – Kampung Tanjung Mali bagi meminimumkan impak negatif pembangunan terhadap kualiti sosial dan ekonomi komuniti tempatan.
|
|
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- |
|
|
Kemaskini pada 2022-12-21 15:59:03 daripada Administrator