Draf Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba, adalah dokumen yang menjelaskan halatuju dan perancangan strategik pembangunan fizikal di Pulau Tuba bagi tempoh perancangan dari tahun 2012 hingga 2017. Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba disediakan mengikut peruntukan subseksyen 16B(1),(2) dan (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Mengapa Rancangan Kawasan Khas Pulau Tuba Disediakan? Pulau Tuba masih belum mempunyai pelan komprehensif bagi mengintegrasikan program pembangunan luar bandar dengan perancangan fizikal. RKK Pulau Tuba dapat memberi panduan kepada agensi-agensi pelaksana dalam mengenalpasti projek dan menyelesaikan isu-isu tempatan yang memerlukan tindakan segera. RKK Pulau Tuba memberi panduan dalam memastikan khazanah semulajadi dapat dibangunkan secara mampan, disamping memberi keutamaan kepada memperkasakan komuniti tempatan dan peningkatan ekonomi. Objektif :-
Matlamat : Pulau Tuba sebagai Pulau Kediaman & Pelancongan yang Sejahtera dan Mampan |
|||||||||||||||||||||
Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :- | |||||||||||||||||||||
|
Kemaskini pada 2022-12-21 16:11:39 daripada Administrator