Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (Penggantian)



PENGENALAN

Rancangan Tempatan (RT) merupakan satu peta dan pernyataan bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan untuk pemajuan dan penggunaan tanah dengan menterjemahkan dan memperincikan dasar- dasar strategik Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035. Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang 2035 (Penggantian), dikenali sebagai RTMPK 2035 (Penggantian) ini merupakan laporan rancangan pembangunan dan pelan perancangan yang baru untuk menggantikan Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Klang (Pengubahan 4) 2020.

TEMA PEMBANGUNAN RTMPK 2035(PENGGANTIAN)
“KLANG BANDARAYA WARISAN DIRAJA 2035”

WAWASAN RTMPK 2035 (PENGGANTIAN)
“MEMPERKASA KLANG SEBAGAI BANDARAYA WARISAN DIRAJA DAN PELABUHAN YANG BERDAYA SAING DI PERINGKAT GLOBAL DENGAN MENEKANKAN PEMBANGUNAN MAMPAN SECARA HOLISTIK DAN BERIMEJKAN BANDAR WARISAN DAN DIGITAL MENJELANG 2035”.

Wawasan RTMPK 2035 (Penggantian) disokong dan dilengkapkan oleh ENAM Dimensi Pembangunan Mampan Majlis Perbandaran Klang (MPK) :

  • Dimensi Guna Tanah dan Sumber Asli Optimum
  • Dimensi Ekonomi Berdaya Saing
  • Dimensi Komuniti Sejahtera
  • Dimensi Persekitaran Berkualiti
  • Dimensi Infrastruktur dan Pengangkutan Efisien
  • Dimensi Governans Efektif

Tuan / Puan boleh memuat-turun dokumen berkaitan untuk rujukan seterusnya :-

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Ringkasan Eksekutif (Malay) Muat-Turun
2. Ringkasan Eksekutif (English) Muat-Turun
3. Jilid 1 Muat-Turun
4. Jilid 2 Muat-Turun
5. Jilid 3 Muat-Turun
6. Aturcara Muat-Turun
7. Backdrop Muat-Turun
8. Banner Muat-Turun
9. Bantahan Muat-Turun
10. Cover CD Muat-Turun
11. Poster Muat-Turun
12. Risalah Muat-Turun
13. Streamer Perasmian Muat-Turun
14. Streamer Publisiti Muat-Turun
15. Panel Muat-Turun
16. Notis Akhbar Muat-Turun

Borang Bantahan Awam Online kini dibuka. Klik Sini untuk mulakan bantahan.



Kemaskini pada 2022-12-19 21:53:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page