Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

logo-jata
logo-jata

Penilaian Impak Sosial(SIA)

     
 

Pengenalan

Penilaian Impak Sosial (SIA) merupakan satu proses menganalisis, memantau dan mengurus impak sosial yang dijangka berlaku atau yang tidak terjangka sama ada impak positif atau negatif yang terhasil daripada sesuatu langkah intervensi (dasar, program, pelan dan projek) dan apa-apa proses perubahan sosial.


Untuk tujuan tersebut, PLANMalaysia telah menubuhkan Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) bagi projek pembangunan sejak tahun 2016. Mesyuarat Panel Penilai Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA) dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia dan dihadiri wakil-wakil agensi di peringkat Persekutuan, Negeri dan Tempatan yang berkaitan serta ahli pakar SIA yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Perancang Bandar dan Desa dari masa ke semasa mengikut keperluan.

 

Fungsi Panel Penilai SIA

  1. Fungsi Panel Penilai SIA adalah seperti berikut:

    1. Mengesahkan proses penyediaan Laporan SIA berpandukan PPSIA;
    2. Kajian yang dibuat menggunakan metodologi yang bersesuaian;
    3. Penilaian yang dibuat oleh perunding SIA ke atas persekitaran sosial semasa yang dijangka akan menerima impak daripada cadangan pembangunan;
    4. Input dari kumpulan terjejas dan pihak berkepentingan yang dilibatkan melalui proses rundingan telah diselaraskan;
    5. Pandangan dan cadangan daripada komuniti setempat mengenai cadangan pembangunan telah diambil kira;
    6. Impak-impak pembangunan yang telah dijangka berdasarkan pendapat awam dan profesional telah dimasukkan sebagai panduan langkah mitigasi; dan
    7. Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) yang bersesuaian dan berkesan bagi mengurus dan meminimumkan impak negatif serta memaksimumkan impak positif.
     
    Ahli Pakar perlu mengemukakan ulasan kepada Urus setia SIA untuk rujukan di Mesyuarat Panel Penilai Laporan SIA.

Laporan SIA di bawah Kategori A

Pengemukaan Laporan SIA di bawah Kategori A bagi projek pembangunan yang perlu mendapatkan nasihat MPFN di peringkat persekutuan adalah melibatkan:

i.   Kewajipan mendapat nasihat MPFN di bawah peruntukan Seksyen 20B (1) dan (2), Akta A1522 yang merangkumi:
a.    Penebusan pinggir laut; da
b.    Pembinaan infrastruktur utama negara.

ii.  Permohonan KM ke MPFN di bawah peruntukan Subseksyen 22(2A), Akta 172 yang merangkumi:
a.    Pembangunan perbandaran baru (10,000 penduduk /  > 100 hektar);
b.    Pembinaan infrastruktur atau kemudahan utama; dan
c.    Pemajuan puncak atau lereng bukit (KSAS dalam rancangan pemajuan).

Carta Alir Pross Penilaian SIA Kategori A

 

 

Panduan Pengemukaan Laporan Penilaian Impak Sosial (SIA)

1. Format Kandungan Laporan SIA Klik Untuk Lihat
2. Senarai Semak Laporan Penilaian Impak Sosial Klik Untuk Lihat
2a. Senarai Semak Pengemukaan Laporan Penilaian Impak Sosial Muat Turun
3. Senarai Maklumat Asas Projek Pembangunan Klik Untuk Lihat
4. Contoh Deklarasi Kajian SIA Untuk Penggerak Projek Klik Untuk Lihat
5. Contoh Deklarasi Kajian SIA Untuk Ketua Perunding Klik Untuk Lihat
6. Contoh Deklarasi Kajian SIA Untuk Ahli Pasukan Klik Untuk Lihat

Senarai Penilai dan Penyedia Laporan Social Impact Asessment (SIA)

1. SENARAI PENILAI LAPORAN SOCIAL IMPACT ASESSMENT (SIA) 138 Muat Turun
2. SENARAI PENYEDIA LAPORAN SOCIAL IMPACT ASESSMENT (SIA) 112 Muat Turun
     

 

Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan (PPSIA)

1. Panduan Pelaksanaan Penilaian Impak Sosial Bagi Projek Pembangunan Muat Turun

Permohonan Mata CPD Social Impact Asessment (SIA) (Untuk Penganjur Kursus)

https://forms.gle/DUF1BjGHthn1EaS49

Sila lengkapkan borang permohonan pada link atau imbas QR code di diatas :

BORANG PERMOHONAN MATA PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN (CONTINUING PROFESSIONAL DEVELOPMENT - CPD) BAGI TUJUAN PENGANJURAN SEMINAR, SIMPOSIUM, FORUM DAN KURSUS BERKAITAN PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA)

(BORANG - SEBAGAI PENGANJUR)

 

Hubungi Urusetia

HUBUNGI KAMI :

 

Urusetia SIA PLANMalaysia

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia)
Tingkat 9, Blok F5, Parcel F, Presint 1,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62675 PUTRAJAYA

emel : urusetiasia@planmalaysia.gov.my

 

 

Pn. TPr Suzlyna binti Abdul Latib

Tel no. 03-8091 0170

 

En. Kamal bin Noor

Tel no. 03-8091 0188

 

Pn. Fazliana binti Pazin

Tel no. 03-8091 0173

 

 
     

Kemaskini pada 2023-11-20 16:11:57 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl

  •  
  • Print
  • Email this page