PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM
DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM,
SELANGOR 2035 (PENGGANTIAN)
Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian) ini disediakan bertujuan untuk menggantikan Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam 2025 yang akan tamat tempoh perancangan pada tahun 2025.
Program Publisiti dan Penyertaan Awam bagi draf laporan ini akan diadakan bermula 15 Julai 2024 (Isnin) sehingga 15 Ogos 2024 (Khamis) bagi mendapatkan maklum balas daripada orang awam dan semua pihak berkepentingan terhadap Draf Rancangan Tempatan Majlis Daerah Sabak Bernam, Selangor 2035 (Penggantian).
Pelaksanaan program publisiti dan penyertaan awam adalah selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) di mana sebelum Draf Rancangan Tempatan diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk memberi cadangan dan mengemukakan bantahan.
Orang ramai dijemput hadir untuk membuat pemeriksaan dokumen ini dan mengemukakan pandangan atau bantahan di lokasi tetap, lokasi bergerak dan atas talian seperti berikut:
LOKASI TETAP
8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
1. Pejabat Majlis Daerah Sabak Bernam, Sungai Besar, Selangor
2. Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor (PLANMalaysia Selangor),
Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor.
LOKASI BERGERAK
8.30 pagi – 4.30 petang (Isnin – Jumaat)
1. Dewan Seri Sekinchan - 15 hingga 19 Julai 2024
2. Dewan Tun Razak, Sabak - 22 hingga 26 Julai 2024
3. Dewan Simpang 5 - 29 Julai hingga 2 Ogos 2024
4. Dewan Merbau Berdarah - 5 hingga 9 Ogos 2024
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut :
1. TPr Mohd Sabri bin Muhammad (03-8091 0376)
2. En. Mohd Faizal Bin Abu Bakar (03-8091 0375)
3. Pn. Nur Fatihah binti Jusoh (03-8091 0375)
4. TPr Roslan bin Amat Zainal (03-3224 1655)
Tuan/Puan juga boleh memuat turun Bahan-bahan Publisiti dan Borang Maklum Balas Awam melalui pautan berikut:
BIL |
PERKARA |
DOKUMEN |
1. |
Laporan Draf RT Sabak Bernam |
|
2. |
Ringkasan Eksekutif RT Sabak Bernam |
Muat-Turun |
3. |
Panel Pameran |
|
4. |
Broshure |
|
5. |
Folio A3 |
|
6. |
Banner Pameran |
|
7. |
Borang Bantahan Deraf RT Sabak Bernam 2024 |
|
8. |
Bahan Pameran Awam |
Kemaskini pada 2024-07-15 13:18:26 daripada Muhammad Ibrahimi Bin Mazl