Garis Panduan Urusan Rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta 172 bagi Projek Pembangunan Kerajaan (GP2022) telah diedarkan pada 22 Disember 2022 bersama Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 2 Tahun 2022. Pekeliling ini berkaitan peluasan dan penambahbaikan urusan rundingan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], dengan tujuan menyeragamkan pelaksanaan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
Garis panduan ini menjelaskan tatacara urusan rundingan dengan Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) di bawah Seksyen 20A bagi projek pembangunan kerajaan.
Pada 29 Oktober 2024, Ketua Setiausaha Negara melalui Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) telah mengarahkan agar proses permohonan UR20A ditambah baik dengan penekanan kepada pelaksanaan pantas tanpa melibatkan karenah birokrasi yang berlebihan.
Sehubungan itu, Garis Panduan UR20A 2022 (GP2022) telah dipinda pada tahun 2025 bagi memperkukuh proses dan prosedur permohonan. Pindaan ini memberi tumpuan kepada:
Projek pembangunan kerajaan yang berimpak tinggi dan berkepentingan rakyat.
Projek dengan peruntukan rendah tetapi perlu disiapkan segera.
Selaras dengan keutamaan negara untuk pelaksanaan segera.
Penambahbaikan ini turut memperincikan kriteria projek kerajaan yang boleh dilaksanakan melalui Laluan Tangkas (fast track) bagi memastikan pelaksanaan lebih cepat, cekap, dan berkesan.
Rujukan lanjut boleh diperoleh melalui pautan berikut:
Pekeliling KSU KPKT Bil. 2/2022: Klik di sini
Garis Panduan UR20A (Pindaan 2025): Klik di sini