HEBAHAN GPP PEMBANGUNAN LADANG SOLAR
Garis panduan ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 1/2025 pada 12 Mac 2025 serta Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-86 pada 20 Ogos 2025.
Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama undang-undang, peraturan, dasar persekutuan dan negeri serta garis panduan yang telah disediakan oleh jabatan atau agensi teknikal yang berkaitan.
Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain, sama ada dari segi subjek atau kandungan, yang telah disediakan di bawah peruntukan oleh pihak berkuasa lain.
Dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan, garis panduan ini hendaklah diselaraskan dengan rancangan pemajuan yang sedang berkuat kuasa di sesebuah kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT). PBPT juga perlu merujuk kepada dasar, pekeliling, dan piawaian yang digubal serta dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa berkaitan, berpandukan skop kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang, selain mengambil kira garis panduan perancangan lain yang digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).
Muat turun di pautan berikut: KLIK DISINI