Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Pemajuan
Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Pemajuan merujuk kepada
Satu dokumen panduan yang disediakan oleh Bahagian Maklumat Guna Tanah Negara (BMGN), PLANMalaysia. Manual ini bertujuan untuk menerangkan proses, metodologi dan standard yang digunakan dalam penyediaan serta pembangunan pangkalan data rancangan pemajuan dan kajian perancangan di PLANMalaysia secara seragam dan sistematik.
Keperluan penyelarasan dalam penyediaan pangkalan data geospatial bagi rancangan pemajuan dan kajian perancangan adalah penting untuk memastikan keseragaman format serta mengelakkan berlakunya masalah integrasi maklumat di antara setiap rancangan pemajuan dan kajian perancangan. Penyelarasan ini juga perlu bagi memudahkan pencarian fail (folder) dan lapisan data (layer).
Kandungan manual ini menerangkan panduan penyeragaman format data geospatial, termasuk metadata, struktur medan dan lapisan data, kod klasifikasi guna tanah, kod warna, serta pengawalan kualiti data geospatial. Manual ini juga merangkumi kaedah penyelarasan dan penyediaan pelan guna tanah perancangan.
Penggunaan manual GIS ini diharapkan dapat membantu menyelaras, menyeragam dan memantapkan pembangunan pangkalan data geospatial. Manual ini turut memainkan peranan penting dalam memberikan rujukan teknikal yang terperinci dan langkah-langkah praktikal bagi memastikan penggunaan GIS dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan.
Klik Disini untuk melihat Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS) Rancangan Pemajuan