Garis Panduan Etika Berpakaian dan Penampilan ke Pejabat PLANMalaysia Memaparkan Pengumuman di Tab Baru

Garis Panduan ini diterbitkan untuk dijadikan rujukan kepada warga kerja PLANMalaysia supaya wujud keseragaman (uniformity) dan konsistensi cara berpakaian dan penampilan diri bagi melahirkan imej korporat PLANMalaysia. Panduan ini menjelaskan secara terperinci mengenai tatacara berpakaian berdasarkan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa yang dikeluarkan oleh Kementerian atau Jabatan Perkhidmatan Awam. Warga kerja PLANMalaysia hendaklah memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana kegagalan mematuhi peraturan-peraturan ini boleh menyebabkan pegawai PLANMalaysia diambil tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Klik Disini untuk melihat Garis Panduan Etika Berpakaian dan Penampilan ke Pejabat PLANMalaysia

Diterbitkan pada 2 Januari, 2025 Diterbitkan Oleh Mohd Irwan bin Omar